Halloo sume... pekabo? harap2 sumenye baek2 aje... aku pon sehat je... cuma kebelakangan ni agak bz cket dgn segala macam urusan... maklumlah.. keje lag, blaja lagi, kdg2 sampai x menang tangan nk handle... tapi pada aku, sume tu lumrah kehidupan je... tp ok gak kan.. bz means xde la bosan or boring je xde nk watpe kan... skali skale mcm ari ahad ni boleh la mlepak dirumah x bangun2.. hahahahaha...
okes... melihat pada tajuk entry kali ni... mesti korang rase pelikkan.. tetibe lak aku nk borak pasal surat khabar... aku sendirik pon rase janggal... yela.. penah lak aku rajen nk bace paper kan... hahahaha... tapi.. aku rase terpanggil utk berbicara tentang tajuk di atas.. ekceli, sebenanye topik ni la yg menjadi isu hangat semasa kelas Sains pemikiran & etika yg aku hadiri semalam...
ok.. straight to the point... aku nk share tentang surat khabar zaman skang ni yang dilihat terlalu banyak highlight tentang keaiban masyarakat melayu.. berita-berita seperti pembuangan bayi, mat rempit, dadah dan segala macam lagi masalah sosial, dipertontonkan kepada khalayak umum... adakah ini relevan? ada yang mengatakan perkara-perkara itu perlu diketahui umum supaya dapat memberikan pengajaran epada yang lain.. bagi pihak pengeluar surat khabar pula, mungkin berita-berita seperti itulah yg melariskan lagi jualan akhbar mereka...
pada pendapat peribadi aku la kan.... berita-berita seperti itu tidaklah perlu dijadikan berita utama... ia memang boleh menjadi pengajaran pada yang lain... tetapi, tidakkah ia mengaibkan bangsa kita sendiri? masyarakat dunia boleh menilai yang rakyat malaysia ni teruk dan bermasalah... kenapa tidak berita-berita yang membanggakan rakyat malaysia yang dijadikan berita utama? ini tidak.. berita yang baik-baik cuma berada disudut kecil sahaja... manakala berita-berita yang menjahanamkan bangsa kita dipaparkan dimuka depan akhbar sebesar-besarnya... fikir-fikirkanlah wahai masyarakat malaysia...
aku rase setakat ni dulu je la ye... diskusi ini tidak melibatkan fahaman politik atau apa2 propaganda.. cuma sekadar pandangan aku je... kepada pakcik2 polis, jgnla tangkap aku masuk kat ISA lak eh... kihkihkih.. okes.... nnti bile2 aku rajen, aku update lagik blog ni k... babai.. assalamualaikum....

