




1.0. PENDAHULUAN
Program “Bakti Disemai, Budi Dituai” merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk membantu mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan siling, bumbung rumah, mengecat dan membersihkan kawasan persekitaran rumah sebuah keluarga miskin di samping menyalurkan beberapa barangan keperluan dapur dan kelengkapan persekolahan agar keluarga tersebut mendapat kediaman dan kehidupan yang lebih selesa.
2.0 OBJEKTIF PROJEK
Pada akhir projek ini adalah diharapkan bahawa para pelajar akan:
2.1 Memperolehi memperolehi peluang untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat kepada pihak yang memerlukan.
2.2 Memperolehi pengalaman sosial dalam masyarakat tempatan.
2.3 Memperolehi pengalaman merancang, melaksanakan dan menilai sesebuah projek.
2.4 Menanam jiwa profesionalisma serta mempertingkatkan moral yang tinggi di kalangan Jawatankuasa yang dilantik supaya mereka dapat menyempurnakan agenda Institusi Pengajian Tinggi yangberteraskan Dasar Pendidikan Negara.
2.5 Membentuk sikap agar sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan masyarakat.
2.6 Membantu pihak Universiti sebagai sebuah institusi sosial mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan projek yang boleh mempercepatkan pembangunan masyarakat.
2.7 Memberi sumbangan ikhlas kepada masyarakat.
3.0. MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 8 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Rumah Mohd Zaidi Bin Mustafa
Bt 19 ½, Solok Batik, Kampung Rumbia,
78000, Alor Gajah, Melaka.
4.0. AHLI JAWATANKUASA
Ketua Program : Nordin Bin Nasir
Pen. Ketua Program : Kalthom Bt Jumaat
Setiausaha I : Hayati Bt Awang Ahmad
Setiausaha II : Najmuddin Bin Mohd nasir
Bendahari : Ho Shiau Wui
Biro Jemputan : Najmuddin Bin Mohd Nasir
Ellie Syazni Bt Othman
Andy Mohd Rais Bin Bachok
Biro Logistik : Mohd Fadly Bin Mohd Din
Mohd Ruziami Bin Adam
Biro Publisiti : Hussien Bin Ismail
Biro Makanan : Che Rosedina Bt Che Din
Mohd Hatta Bin Hussain
Biro Kewangan : Ho Shiau Wui
Amirul Azizi Bin Asahan
Biro Cenderahati : Mohd Arham Bin Azmi
Mohd Sekri Bin Mardzuki
Arshad Bin Ayob
Biro Keceriaan : Mohd Zahran Bin Zainuddin
Mazeah Bt Abd. Manaff
Biro Penginapan : Avizairil Fahmi Bin Ibrahim
Biro Komunikasi : Mohd Fahmi Bin Mohd Radzi
5.0. AKTIVITI INDIVIDU
Masa | Aktiviti | Tindakan Ulasan |
17.10.2010 1.00 p.m 2.00 p.m | Tempat : Bilik Kuliah Institut Profesional Baitulmal Mesyuarat Bil. 1/2010 1.0. Pembentukan kumpulan yang terdiri daripada 20 orang ahli iaitu, 14 orang ahli lelaki dan 6 orang ahli wanita. 2.0 Melantik ahli jawatankuasa ;- 2.1. Pengarah Program : Nordin Nasir 2.2. Timb. P. Program : Kalthom Jumaat 2.3. Setiausaha I : Hayati Awang Ahmad 2.4. Setiausaha II : Najmuddin Nasir 2.5. Bendahari : Ho Shiau Wui 3.0 “Bakti Disemai, Budi Dituai” dipilih sebagaislogan kumpulan kami. 4.0. Mencadang dan memilih tema program :- 4.1. Tema : Khidmat masyarakat 4.2. Kumpulan sasaran : Anak-anak yatim 4.3. Kawasan : Sekitar Lembah Kelang 5.0. Semua ahli kumpulan dikehendaki menjalankan penyelidikan terhadap beberapa buah rumah anak yatim di sekitar Lembah Kelang. 6.0. Mesyuarat Bil. 2 ditetapkan seperti berikut : 6.1. Tarikh : 24 Oktober 2010 6.2. Masa : 10 pagi 6.3. Tempat: akan ditetapkan kemudian. 7.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai. | Semua ahli Semua ahli |
17.10.2010 11.20 p.m | 1.0. Terima sms daripada En.Nordin berkenaan pemberitahuan mesyuarat bil.2 iaitu; Tarikh : 24 Oktober 2010 Masa : 10 pagi Tempat : Taman Tasek Titiwangsa | Semua ahli |
23.10.2010 6.00 p.m | Terima sms daripada En. Nordin tentang perubahan tempat mesyuarat, Kantin Institut Profesional Baitulmal dipilih bagi memudahkan kehadiran semua ahli. | Semua ahli |
24.10.2010 10.00 a.m 1.00 p.m | Tempat : Institut Profesional Baitulmal Mesyuarat Bil. 2/2010 1.0. Penubuhan biro:- 1.1. Biro Jemputan 1.2. Biro Makanan 1.3. Biro Penginapan 1.4. Biro Cenderahati 1.5. Biro Publisiti 1.6. Biro kewangan 1.7. Biro Keceriaan 1.8. Biro Komunikasi 1.9. Biro Logistik 2.0. Perbincangan Program 2.1. Semua ahli bersetuju untuk memilih program baru dan menetapkan untuk menjalankan program di Melaka kerana ia memudahkan urusan kumpulan seperti memohon peruntukan, memilih lokasi dan jemputan VIP berikutan Ketua Program iaitu Nordin tinggal di Melaka disamping ahli dapat melarikan diri darpada kesibukan di Kuala Lumpur. 2.2. Najmuddin, Kalthom dan Hayati telah menawarkan diri untuk membuat tugasan proposal bagi program kumpulan manakala ahli yang lain diminta membantu dalam mencari maklumat-maklumat dan menyemak proposal tersebut. 2.3. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai. | Semua ahli Semua ahli Kalthom, Najmuddin & Hayati |
3.11.2010 8.00 a.m 2.00 p.m | 1.0. Perbincangan Biro Logistik di Facebook dan melalui telefon mengenai laporan biro dan bersamasama merangka laporan secara online. 2.0. Menghantar laporan biro kepada Pn. Kalthom dan En. Najmuddin. | Saya dan En. Fadhly |
26.11.2010 10.30 p.m 11.30 p.m | Tempat : Bilik Kuliah Institut Profesional Baitulmal Mesyuarat Bil. 4/2010 1.0. Tarikh program ditunda dari 4 Disember 2010 kepada 8 Januari 2011. 2.0. Kesemua biro memaklumkan kepada pihak-pihak yang terlibat mengenai penundaan tarikh program. 3.0. Pegerusi memberikan penjelasan terperinci kepada semua ahli tentang perjalanan program dan aturcara majlis yang akan dijalankan seperti yang telah dibincangkan leh wakil kumpulan iaitu En. Nordin, En. Najmuddin, Pn. Kalthom dan Pn. Mazeah dalam mMesyuarat bil. 3/2010 Bersama JKKK Kg. Rembia di Tadika Kemas Kg. Rembia pada 21.11.2010. Berikut adalah adalah apa yang telah dipersetujui :- 3.1. Tempat : Rumah En. Zaidi, Kg. Rembia, Alor Gajah, Melaka. 3.2. Tarikh : 8 Januari 2011 3.3. Masa : 9.00 a.m – 5.00 p.m 3.4. Tema : Gotong-royong 3.5. Aktiviti: Mengecat rumah, membersihkan kawasan sekeliling, menyumbang kerusi roda, gotong-royong di Masjid Kg. Rembia. 4.0. Semua ahli kumpulan perlu berusaha mendapatkan bantuan/sumbangan kewangan bagi menjalankan program. 5.0. Pengerusi mengarahkan setiap ahli supaya menyerahkan yuran ahli sebanyak RM 100.00 selewat-lewatnya pada 28 November 2010. 6.0. Mesyuarat ditangguhkan. | Semua ahli Ketua Biro Semua ahli |
28.11.2010 1.30 p.m 2.30 p.m | Tempat : Institut Profesional Baitulmal Mesyuarat Bil. 5/2010 1.0. Pengerusi memberikan penjelasan terperinci tentang tugas-tugas biro. Saya selaku biro logistik perlu memastikan semua ahli tiada masalah mengenai pengangkutan untuk ke lokasi program, urusan mengenai homestay bagi penginapan semua ahli, urusan mengenai khemah, P.A system dan peralatan-peralatan seperti kerusi, meja serta peralatan gotong royong dapat disediakan. 2.0. Bendahari menyerahkan kutipan sebanyak RM 2500.00 kepada En. Nordin bagi menjelaskkan bayaran pemasangan siling dan atap rumah kepada kontraktor. 3.0. Pengerusi mengingatkan ahli tentang kewajipan untuk hadir ke program yang akan dijalankan. 4.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai. | Semua ahli Bendahari dan pengerusi Semua ahli |
18.12.2010 1.30 p.m 2.30 p.m | Tempat : Bilik Kuliah, Institut Profesional Baitulmal Mesyuarat Bil.6/2010 1.0. Pengerusi memaklumkan tentang masalah berikutan penarikan diri En. Jahari Bin Hj. Mansoor daripada kumpulan Skuad Amal. 2.0. Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PACE, UUM telah memberikan surat kelulusan melaksanakan program. 3.0. Pengerusi mengarahkan semua biro menghantar laporan kepada setiausaha bagi tujuan penyediaan laporan. 4.0. Mesyuarat bersetuju melantik En. Andi Mohd Rais dan Puan Rosedina sebagai pengacara majlis ketika program berlangsung. 5.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai | Semua ahli Semua ahli Andi Mohd Rais, Che Rosedina |
07.01.2011 6.30 a.m 8.00 am 10.00 a.m 11.00 a.m 5.00 p.m 8.30 p.m 10.00 p.m 12.30 p.m | 1.0. Bertolak dari Gombak ke Alor Gajah bersama Fahmi dan Hatta. 2.0. Tiba di IPD Alor gajah, berjumpa dengan En. Nordin bagi perbincangan dan mengambil banner. 3.0. Pergi ke lokasi program di Kg. Rembia bagi memastikan susun atur khemah dan segala peralatan. 4.0. Memasang banner di Masjid Lama Kg. Rembia. 5.0. Semua ahli berkumpul di tapak program dan mula menyusun kerusi dan meja. 6.0. Jamuan BBQ bersama semua ahli Skuad Amal dan pensyarah. Mesyuarat bil.7/2011 7.0. Taklimat akhir mengenai program dan pembahagian tugas semasa program berlangsung. Saya diberi tugas untuk mengagih cenderahati / goodie bag kepada para tetamu yang hadir. 8.0. Bersurai. | Semua ahli |
08.01.2010 6.45 a.m 7.30 a.m 9.30 a.m 10.00 a.m 10.30 a.m 10.45 a.m 12.30 p.m 2.30 p.m 4.00 p.m 4.30 p.m 5.00 p.m 5.30 p.m 6.00 p.m 6.30 p.m 8.25 p.m 9.30 p.m 11.30 p.m | Hari Pelaksanaan Program “ Bakti Disemai, Budi Dituai” di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka. 1.0. Persiapan Terakhir 1.1. Bertolak ke tapak program dan menunggu pasukan katering dan tempahan P.A. Sistem. 1.2. Membuat susun atur kerusi dan meja dan makanan 1.3. Persiapan kelengkapan peralatan gotong royong. 1.4. Menanti ketibaan Tn. Haji Nordin bin Ali (CEO Kumpulan Melaka Berhad) 2.0. Aktiviti Program 2.1. Majlis perasmian oleh Tn. Haji Nordin bin Ali. 2.2. Jamuan sarapan pagi. 2.3. Gotong royong dimulakan. 2.4. Memasang tikar getah. 2.5. Mengecat rumah. 2.6. Jamuan makan tengahari/rehat/solat. 2.7. Membersihkan kawasan Masjid Lama Kg. Rembia bersama beberapa orang ahli Skuad Amal. 3.0. Majlis Perasmian Penutup Program 3.1. Mengemas dan menyusun semula meja, kerusi dan susun atur tempat duduk di khemah bagi perasmian penutup. 3.2. Membuat persediaan jamuan minum petang. 3.3. Ketibaan Y.B. Datuk Norpipah dan perasmian penutup serta penyampaian sumbangan, sijil dan cenderahati. 3.4. Jamuan minum petang. 3.5. Sesi fotografi bersama tuan rumah, Y.B. Datuk Norpipah dan ahli Skuad Amal. 3.6. Berkemas dan bersurai Tempat : Dannial Homestay, Melaka. 4.0. 4.0. Mesyuarat Bil.8/2011 4.1. Pengerusi meminta semua ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing mengenai perjalanan program yang telah berlangsung. 4.2. Kesimpulan saya mengenai apa yang telah semua ahli suarakan ialah program telah berjaya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang dan kerjasama daripada semua ahli adalah amat membanggakan. Iktibar dan pengajaran daripada keadaan dan sikap tuan rumah juga perlu kami ambil untuk diri kami memajukan diri masing-masing. 4.3. Jamuan makan malam bersama semua ahli. 4.4. Bersurai. | Semua ahli Semua ahli dan penduduk kampung yang hadir Semua ahli Semua ahli, VIP, dan penduduk kampung |
12.01.2011 10.30 a.m 4.00 p.m | 1.0. Terima email daripada Cik Ellie mengenai catatan program oleh En. Fahmi dan minit mesyuarat bil. 1 hingga bil. 6. 2.0. Terima e-mail daripada Cik Hayati dan Pn. Kalthom mengenai minit Mesyuarat bil.7 dan 8. | Cik Ellie Pn. Kalthom dan Cik Hayati |
13.01.2011 11.00 a.m | 1.0. Mengemaskini buku log ini. | Saya |
6.0. ULASAN
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kumpulan ini iaitu Skuad Amal dari segala segi termasuk dari sudut pengurusan dan kerjasama sesama ahli. Berdasarkan pemerhatian saya, semua ahli telah memberikan komitmen sebaik mungkin dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan.
Saya ingin mengucapkan pujian dan terima kasih kepada tonggak Skuad Amal iaitu En. Nordin selaku pengarah dan Timbalannya Pn. Kalthom kerana telah berjaya mengurus dan mengendalikan semua ahli dalam kumpulan dengan bijak dan teratur. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada En. Najmuddin dan Cik Hayati selaku Setiausaha kumpulan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program yang dirancang. Ucapan pujian dan terima kasih juga saya tujukan kepada En. Fahmi yang telah memberikan komitmen yang begitu baik tanpa mengira penat. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua ahli Skuad Amal yang menyumbangkan idea, tenaga, masa dan juga wang ringgit bagi memastikan program dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pihak diri saya, secara peribadi memohon maaf kepada semua ahli Skuad Amal seandainya komitmen yang saya berikan adalah tidak begitu baik berbanding rakan-rakan yang lain. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan ialah, setelah mengenali, bergaul dan bekerja sesama ahli, saya amat yakin untuk bekerjasama lagi bersama semua ahli Skuad Amal jika diberikan peluang untuk menjalankan program lain yang mungkin lebih besar dimasa akan datang.
7.0. REKOMENDASI
Saya mencadangkan supaya kumpulan Skuad Amal ini dapat dikekalkan bagi semester yang seterusnya dalam subjek Pembangunan Masyarakat III dan IV dan saya juga mencadangkan agar program yang lebih besar dapat dijalankan seperti memberi bantuan kepada penduduk di negara jiran contohnya Indonesia kerana ia dapat memberikan penddedahan dan pengalaman baru kepada semua pelajar dalam menganjur dan menguruskan program-program yang lebih besar dan memerlukan kolaborasi bersama badan-badan atau agensi-agensi lain.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________________
Nama : Mohammad Ruziami bin Adam
Jawatan : Biro Logistik
