Monday, January 17, 2011

Skuad Amal - "Bakti Disemai, Budi Dituai"

Assalamualaikum...

Rase da snt lame x jengah n update blog ni... Bz gile ngn keje n study... hehehe.. so.. aku rase aku nk share psl program kemasyarakatan yg grup aku (Skuad Amal) telah laksanakan di Alor Gajah, melaka pada 8 Januari 2011 yg lalu... so.. aku rase, aku copy je la ek report individu yg same mcm ape yg aku anta kat lecturer... lyan.... zaassssttt!!!!!










1.0. PENDAHULUAN

Program “Bakti Disemai, Budi Dituai” merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk membantu mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan siling, bumbung rumah, mengecat dan membersihkan kawasan persekitaran rumah sebuah keluarga miskin di samping menyalurkan beberapa barangan keperluan dapur dan kelengkapan persekolahan agar keluarga tersebut mendapat kediaman dan kehidupan yang lebih selesa.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Pada akhir projek ini adalah diharapkan bahawa para pelajar akan:

2.1 Memperolehi memperolehi peluang untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat kepada pihak yang memerlukan.

2.2 Memperolehi pengalaman sosial dalam masyarakat tempatan.

2.3 Memperolehi pengalaman merancang, melaksanakan dan menilai sesebuah projek.

2.4 Menanam jiwa profesionalisma serta mempertingkatkan moral yang tinggi di kalangan Jawatankuasa yang dilantik supaya mereka dapat menyempurnakan agenda Institusi Pengajian Tinggi yangberteraskan Dasar Pendidikan Negara.

2.5 Membentuk sikap agar sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan masyarakat.

2.6 Membantu pihak Universiti sebagai sebuah institusi sosial mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan projek yang boleh mempercepatkan pembangunan masyarakat.

2.7 Memberi sumbangan ikhlas kepada masyarakat.

3.0. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 8 Januari 2011

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Rumah Mohd Zaidi Bin Mustafa

Bt 19 ½, Solok Batik, Kampung Rumbia,

78000, Alor Gajah, Melaka.

4.0. AHLI JAWATANKUASA

Ketua Program : Nordin Bin Nasir

Pen. Ketua Program : Kalthom Bt Jumaat

Setiausaha I : Hayati Bt Awang Ahmad

Setiausaha II : Najmuddin Bin Mohd nasir

Bendahari : Ho Shiau Wui

Biro Jemputan : Najmuddin Bin Mohd Nasir

Ellie Syazni Bt Othman

Andy Mohd Rais Bin Bachok

Biro Logistik : Mohd Fadly Bin Mohd Din

Mohd Ruziami Bin Adam

Biro Publisiti : Hussien Bin Ismail

Biro Makanan : Che Rosedina Bt Che Din

Mohd Hatta Bin Hussain

Biro Kewangan : Ho Shiau Wui

Amirul Azizi Bin Asahan

Biro Cenderahati : Mohd Arham Bin Azmi

Mohd Sekri Bin Mardzuki

Arshad Bin Ayob

Biro Keceriaan : Mohd Zahran Bin Zainuddin

Mazeah Bt Abd. Manaff

Biro Penginapan : Avizairil Fahmi Bin Ibrahim

Biro Komunikasi : Mohd Fahmi Bin Mohd Radzi

5.0. AKTIVITI INDIVIDU

Tarikh

Masa

Aktiviti

Tindakan

Ulasan

17.10.2010

1.00 p.m

2.00 p.m

Tempat : Bilik Kuliah Institut Profesional Baitulmal

Mesyuarat Bil. 1/2010

1.0. Pembentukan kumpulan yang terdiri daripada 20 orang ahli iaitu, 14 orang ahli lelaki dan 6 orang ahli wanita.

2.0 Melantik ahli jawatankuasa ;-

2.1. Pengarah Program : Nordin Nasir

2.2. Timb. P. Program : Kalthom Jumaat

2.3. Setiausaha I : Hayati Awang Ahmad

2.4. Setiausaha II : Najmuddin Nasir

2.5. Bendahari : Ho Shiau Wui

3.0 “Bakti Disemai, Budi Dituai” dipilih sebagaislogan kumpulan kami.

4.0. Mencadang dan memilih tema program :-

4.1. Tema : Khidmat masyarakat

4.2. Kumpulan sasaran : Anak-anak yatim

4.3. Kawasan : Sekitar Lembah Kelang

5.0. Semua ahli kumpulan dikehendaki menjalankan penyelidikan terhadap beberapa buah rumah anak yatim di sekitar Lembah Kelang.

6.0. Mesyuarat Bil. 2 ditetapkan seperti berikut :

6.1. Tarikh : 24 Oktober 2010

6.2. Masa : 10 pagi

6.3. Tempat: akan ditetapkan kemudian.

7.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai.

Semua ahli

Semua ahli

17.10.2010

11.20 p.m

1.0. Terima sms daripada En.Nordin berkenaan pemberitahuan mesyuarat bil.2 iaitu;

Tarikh : 24 Oktober 2010

Masa : 10 pagi

Tempat : Taman Tasek Titiwangsa

Semua ahli

23.10.2010

6.00 p.m

Terima sms daripada En. Nordin tentang perubahan tempat mesyuarat, Kantin Institut Profesional Baitulmal dipilih bagi memudahkan kehadiran semua ahli.

Semua ahli

24.10.2010

10.00 a.m

1.00 p.m

Tempat : Institut Profesional Baitulmal

Mesyuarat Bil. 2/2010

1.0. Penubuhan biro:-

1.1. Biro Jemputan

1.2. Biro Makanan

1.3. Biro Penginapan

1.4. Biro Cenderahati

1.5. Biro Publisiti

1.6. Biro kewangan

1.7. Biro Keceriaan

1.8. Biro Komunikasi

1.9. Biro Logistik

2.0. Perbincangan Program

2.1. Semua ahli bersetuju untuk memilih program baru dan menetapkan untuk menjalankan program di Melaka kerana ia memudahkan urusan kumpulan seperti memohon peruntukan, memilih lokasi dan jemputan VIP berikutan Ketua Program iaitu Nordin tinggal di Melaka disamping ahli dapat melarikan diri darpada kesibukan di Kuala Lumpur.

2.2. Najmuddin, Kalthom dan Hayati telah menawarkan diri untuk membuat tugasan proposal bagi program kumpulan manakala ahli yang lain diminta membantu dalam mencari maklumat-maklumat dan menyemak proposal tersebut.

2.3. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai.

Semua ahli

Semua ahli

Kalthom, Najmuddin & Hayati

3.11.2010

8.00 a.m

2.00 p.m

1.0. Perbincangan Biro Logistik di Facebook dan melalui telefon mengenai laporan biro dan bersamasama merangka laporan secara online.

2.0. Menghantar laporan biro kepada Pn. Kalthom dan En. Najmuddin.

Saya dan En. Fadhly

26.11.2010

10.30 p.m

11.30 p.m

Tempat : Bilik Kuliah Institut Profesional Baitulmal

Mesyuarat Bil. 4/2010

1.0. Tarikh program ditunda dari 4 Disember 2010 kepada 8 Januari 2011.

2.0. Kesemua biro memaklumkan kepada pihak-pihak yang terlibat mengenai penundaan tarikh program.

3.0. Pegerusi memberikan penjelasan terperinci kepada semua ahli tentang perjalanan program dan aturcara majlis yang akan dijalankan seperti yang telah dibincangkan leh wakil kumpulan iaitu En. Nordin, En. Najmuddin, Pn. Kalthom dan Pn. Mazeah dalam mMesyuarat bil. 3/2010 Bersama JKKK Kg. Rembia di Tadika Kemas Kg. Rembia pada 21.11.2010. Berikut adalah adalah apa yang telah dipersetujui :-

3.1. Tempat : Rumah En. Zaidi, Kg. Rembia,

Alor Gajah, Melaka.

3.2. Tarikh : 8 Januari 2011

3.3. Masa : 9.00 a.m – 5.00 p.m

3.4. Tema : Gotong-royong

3.5. Aktiviti: Mengecat rumah, membersihkan

kawasan sekeliling, menyumbang

kerusi roda, gotong-royong di

Masjid Kg. Rembia.

4.0. Semua ahli kumpulan perlu berusaha mendapatkan bantuan/sumbangan kewangan bagi menjalankan program.

5.0. Pengerusi mengarahkan setiap ahli supaya menyerahkan yuran ahli sebanyak RM 100.00 selewat-lewatnya pada 28 November 2010.

6.0. Mesyuarat ditangguhkan.

Semua ahli

Ketua Biro

Semua ahli

28.11.2010

1.30 p.m

2.30 p.m

Tempat : Institut Profesional Baitulmal

Mesyuarat Bil. 5/2010

1.0. Pengerusi memberikan penjelasan terperinci tentang tugas-tugas biro. Saya selaku biro logistik perlu memastikan semua ahli tiada masalah mengenai pengangkutan untuk ke lokasi program, urusan mengenai homestay bagi penginapan semua ahli, urusan mengenai khemah, P.A system dan peralatan-peralatan seperti kerusi, meja serta peralatan gotong royong dapat disediakan.

2.0. Bendahari menyerahkan kutipan sebanyak RM 2500.00 kepada En. Nordin bagi menjelaskkan bayaran pemasangan siling dan atap rumah kepada kontraktor.

3.0. Pengerusi mengingatkan ahli tentang kewajipan untuk hadir ke program yang akan dijalankan.

4.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai.

Semua ahli

Bendahari dan pengerusi

Semua ahli

18.12.2010

1.30 p.m

2.30 p.m

Tempat : Bilik Kuliah, Institut Profesional Baitulmal

Mesyuarat Bil.6/2010

1.0. Pengerusi memaklumkan tentang masalah berikutan penarikan diri En. Jahari Bin Hj. Mansoor daripada kumpulan Skuad Amal.

2.0. Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PACE, UUM telah memberikan surat kelulusan melaksanakan program.

3.0. Pengerusi mengarahkan semua biro menghantar laporan kepada setiausaha bagi tujuan penyediaan laporan.

4.0. Mesyuarat bersetuju melantik En. Andi Mohd Rais dan Puan Rosedina sebagai pengacara majlis ketika program berlangsung.

5.0. Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai

Semua ahli

Semua ahli

Andi Mohd Rais,

Che Rosedina

07.01.2011

6.30 a.m

8.00 am

10.00 a.m

11.00 a.m

5.00 p.m

8.30 p.m

10.00 p.m

12.30 p.m

1.0. Bertolak dari Gombak ke Alor Gajah bersama Fahmi dan Hatta.

2.0. Tiba di IPD Alor gajah, berjumpa dengan En. Nordin bagi perbincangan dan mengambil banner.

3.0. Pergi ke lokasi program di Kg. Rembia bagi memastikan susun atur khemah dan segala peralatan.

4.0. Memasang banner di Masjid Lama Kg. Rembia.

5.0. Semua ahli berkumpul di tapak program dan mula menyusun kerusi dan meja.

6.0. Jamuan BBQ bersama semua ahli Skuad Amal dan pensyarah.

Mesyuarat bil.7/2011

7.0. Taklimat akhir mengenai program dan pembahagian tugas semasa program berlangsung. Saya diberi tugas untuk mengagih cenderahati / goodie bag kepada para tetamu yang hadir.

8.0. Bersurai.

Semua ahli

08.01.2010

6.45 a.m

7.30 a.m

9.30 a.m

10.00 a.m

10.30 a.m

10.45 a.m

12.30 p.m

2.30 p.m

4.00 p.m

4.30 p.m

5.00 p.m

5.30 p.m

6.00 p.m

6.30 p.m

8.25 p.m

9.30 p.m

11.30 p.m

Hari Pelaksanaan Program “ Bakti Disemai, Budi Dituai” di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka.

1.0. Persiapan Terakhir

1.1. Bertolak ke tapak program dan menunggu pasukan katering dan tempahan P.A. Sistem.

1.2. Membuat susun atur kerusi dan meja dan makanan

1.3. Persiapan kelengkapan peralatan gotong royong.

1.4. Menanti ketibaan Tn. Haji Nordin bin Ali (CEO Kumpulan Melaka Berhad)

2.0. Aktiviti Program

2.1. Majlis perasmian oleh Tn. Haji Nordin bin Ali.

2.2. Jamuan sarapan pagi.

2.3. Gotong royong dimulakan.

2.4. Memasang tikar getah.

2.5. Mengecat rumah.

2.6. Jamuan makan tengahari/rehat/solat.

2.7. Membersihkan kawasan Masjid Lama Kg. Rembia bersama beberapa orang ahli Skuad Amal.

3.0. Majlis Perasmian Penutup Program

3.1. Mengemas dan menyusun semula meja, kerusi dan susun atur tempat duduk di khemah bagi perasmian penutup.

3.2. Membuat persediaan jamuan minum petang.

3.3. Ketibaan Y.B. Datuk Norpipah dan perasmian penutup serta penyampaian sumbangan, sijil dan cenderahati.

3.4. Jamuan minum petang.

3.5. Sesi fotografi bersama tuan rumah, Y.B. Datuk Norpipah dan ahli Skuad Amal.

3.6. Berkemas dan bersurai

Tempat : Dannial Homestay, Melaka.

4.0. 4.0. Mesyuarat Bil.8/2011

4.1. Pengerusi meminta semua ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing mengenai perjalanan program yang telah berlangsung.

4.2. Kesimpulan saya mengenai apa yang telah semua ahli suarakan ialah program telah berjaya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang dan kerjasama daripada semua ahli adalah amat membanggakan. Iktibar dan pengajaran daripada keadaan dan sikap tuan rumah juga perlu kami ambil untuk diri kami memajukan diri masing-masing.

4.3. Jamuan makan malam bersama semua ahli.

4.4. Bersurai.

Semua ahli

Semua ahli

dan penduduk kampung yang hadir

Semua ahli

Semua ahli, VIP, dan penduduk kampung

12.01.2011

10.30 a.m

4.00 p.m

1.0. Terima email daripada Cik Ellie mengenai catatan program oleh En. Fahmi dan minit mesyuarat bil. 1 hingga bil. 6.

2.0. Terima e-mail daripada Cik Hayati dan Pn. Kalthom mengenai minit Mesyuarat bil.7 dan 8.

Cik Ellie

Pn. Kalthom dan Cik Hayati

13.01.2011

11.00 a.m

1.0. Mengemaskini buku log ini.

Saya

6.0. ULASAN

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kumpulan ini iaitu Skuad Amal dari segala segi termasuk dari sudut pengurusan dan kerjasama sesama ahli. Berdasarkan pemerhatian saya, semua ahli telah memberikan komitmen sebaik mungkin dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan.

Saya ingin mengucapkan pujian dan terima kasih kepada tonggak Skuad Amal iaitu En. Nordin selaku pengarah dan Timbalannya Pn. Kalthom kerana telah berjaya mengurus dan mengendalikan semua ahli dalam kumpulan dengan bijak dan teratur. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada En. Najmuddin dan Cik Hayati selaku Setiausaha kumpulan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program yang dirancang. Ucapan pujian dan terima kasih juga saya tujukan kepada En. Fahmi yang telah memberikan komitmen yang begitu baik tanpa mengira penat. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua ahli Skuad Amal yang menyumbangkan idea, tenaga, masa dan juga wang ringgit bagi memastikan program dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pihak diri saya, secara peribadi memohon maaf kepada semua ahli Skuad Amal seandainya komitmen yang saya berikan adalah tidak begitu baik berbanding rakan-rakan yang lain. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan ialah, setelah mengenali, bergaul dan bekerja sesama ahli, saya amat yakin untuk bekerjasama lagi bersama semua ahli Skuad Amal jika diberikan peluang untuk menjalankan program lain yang mungkin lebih besar dimasa akan datang.

7.0. REKOMENDASI

Saya mencadangkan supaya kumpulan Skuad Amal ini dapat dikekalkan bagi semester yang seterusnya dalam subjek Pembangunan Masyarakat III dan IV dan saya juga mencadangkan agar program yang lebih besar dapat dijalankan seperti memberi bantuan kepada penduduk di negara jiran contohnya Indonesia kerana ia dapat memberikan penddedahan dan pengalaman baru kepada semua pelajar dalam menganjur dan menguruskan program-program yang lebih besar dan memerlukan kolaborasi bersama badan-badan atau agensi-agensi lain.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


___________________________

Nama : Mohammad Ruziami bin Adam

Jawatan : Biro Logistik


No comments:

Post a Comment