Thursday, January 24, 2013

Permintaanku


Bangunkan aku bila ku terjatuh
Pimpin aku bila tiada dayaku
Kejutkan aku bila tidurku terlalu lama
Tenangkan aku bila ku marah
Damaikan aku bila ku resah
Teguri aku bila ada silapku
Betulkan aku bila ku salah
Ampunkan aku bila ku berdosa
Doakan daku bila tiada lagi hela nafasku




"ekspresi diri, love evribadi"




Monday, January 14, 2013

Hijrah


Tiap kali ombak menerjah
Setiap itu juga pantai berubah
Tetap nampak indah
Ombak dan pantai takkan terpisah
Katanya, itu lumrah
Kita manusia juga berubah
Rohani, jasmani, zahiriah atau lahiriah
Kepada benar atau salah
Kepada suka atau gundah
Jangan pasrah
Terus usaha dengan istiqamah
Tingkatkan iman, mantapkan aqidah
Moga diredhai dan dilimpahi barakah
Ucapkan syukur kepada Allah
Alhamdulillah



"ekspresi diri, love evribadi"



Friday, January 4, 2013

MENCARI PASTI


Yang dilihat tak semestinya benar,
Yang didengar belum tentunya jelas,
Yang dirasa bukan pasti akan betulnya,
Mengapa begitu?
Kerana bagiku,
Persepsi manusia selalunya berbeza,
Lain sudut maka lain dimensinya,
Susunan kronologi harus diperhalusi,
Adakah benar?
Aku manusia biasa,
Aku hanya coretkan kata puisi,
Anda nilaikanlah dengan akal jangan guna hati.




"ekspresi diri, love evribadi"



Wednesday, January 2, 2013

~Senyap & Sunyi~


Berdiam bukan bererti menjauh
Menyepi tidak bermakna menghindar
Berundur tak bermaksud mengalah
Diam itu memberi ruang
Sepi itu mencari tenang
Berundur seketika mengatur langkah untuk menyerang
Umpama sang rimau si raja rimba
Senyap memerhati dengan tenang
Sunyi mengekori tanpa jejak
Membaham mangsa sebelum sedar akan hadirnya


"ekspresi diri, love evribadi"