Nama itu...
Sering terbit difikiranku
Lalai aku terbuai
Nama itu...
Acap kali terucap
Hati dan lidah selari
Tak semena-mena
Tanpa isyarat ia menjelma
Melekat terpahat diminda
Nama itu...
Mengganggu malamku
Dengan mimpi-mimpi indah
Menghadirkan resah
Oh Tuhan
Bantulah aku
Padamkan nama itu
Walau teramat rindu
Walau kasih terbuku
Biar aku buang
Biar aku campakkan jauh
Rasa yang tak patut ada
Rasa yang mereputkan aku
Hari demi hari
Wednesday, November 13, 2013
Friday, March 1, 2013
Saing dan Saling
Bersaing sesama manusia
Berlumba mengejar kaya
Gaya jadi utama
Sentiasa ikut trend semasa
Tak boleh kurang apa adanya
Bila ada yang lebih darinya
Iri dan dengki mula terasa
Tapi bagiku itu dunia semata
Adakah itu ukurannya?
Adil tidak pada tempatnya
Apa yang kau dan aku ada tak sama
Peluang dan ruang kita berbeza
Harusnya kita teguh bersama
Susah atau senang sama merasa
Saling membantu sama
usaha
Biar halal jalan
dan cara
Thursday, February 21, 2013
Lirik - Rasa
Indah lenaku
Bila hadirmu dalam mimpiku
Bermakna hariku
Bila ada kamu di sisiku
Kuingin kau selalu
Ada untukku
Apakah dirimu
Turut merasakan sepertiku
Adakah hatimu
Turut merasa rindu
kuingin kau tahu
Thursday, January 24, 2013
Permintaanku
Bangunkan aku bila ku terjatuh
Pimpin aku bila tiada dayaku
Kejutkan aku bila tidurku terlalu lama
Tenangkan aku bila ku marah
Damaikan aku bila ku resah
Teguri aku bila ada silapku
Betulkan aku bila ku salah
Ampunkan aku bila ku berdosa
Doakan daku bila tiada lagi hela nafasku
"ekspresi diri, love evribadi"
Monday, January 14, 2013
Hijrah
Tiap kali ombak menerjah
Setiap itu juga pantai berubah
Tetap nampak indah
Ombak dan pantai takkan terpisah
Katanya, itu lumrah
Kita manusia juga berubah
Rohani, jasmani, zahiriah atau lahiriah
Kepada benar atau salah
Kepada suka atau gundah
Jangan pasrah
Terus usaha dengan istiqamah
Moga diredhai dan dilimpahi barakah
Ucapkan syukur kepada Allah
Alhamdulillah
"ekspresi diri, love evribadi"
Friday, January 4, 2013
MENCARI PASTI
Yang dilihat tak semestinya benar,
Yang didengar belum tentunya jelas,
Yang dirasa bukan pasti akan betulnya,
Mengapa begitu?
Kerana bagiku,
Persepsi manusia selalunya berbeza,
Lain sudut maka lain dimensinya,
Susunan kronologi harus diperhalusi,
Adakah benar?
Aku manusia biasa,
Aku hanya coretkan kata puisi,
Anda nilaikanlah dengan akal jangan guna hati.
"ekspresi diri, love evribadi"
Wednesday, January 2, 2013
~Senyap & Sunyi~
Berdiam
bukan bererti menjauh
Menyepi
tidak bermakna menghindar
Berundur
tak bermaksud mengalah
Diam
itu memberi ruang
Sepi
itu mencari tenang
Berundur
seketika mengatur langkah untuk menyerang
Umpama sang rimau si raja rimba
Senyap
memerhati dengan tenang
Sunyi
mengekori tanpa jejak
Membaham
mangsa sebelum sedar akan hadirnya
"ekspresi diri, love evribadi"
Subscribe to:
Posts (Atom)

