Yang dilihat tak semestinya benar,
Yang didengar belum tentunya jelas,
Yang dirasa bukan pasti akan betulnya,
Mengapa begitu?
Kerana bagiku,
Persepsi manusia selalunya berbeza,
Lain sudut maka lain dimensinya,
Susunan kronologi harus diperhalusi,
Adakah benar?
Aku manusia biasa,
Aku hanya coretkan kata puisi,
Anda nilaikanlah dengan akal jangan guna hati.
"ekspresi diri, love evribadi"


No comments:
Post a Comment