Monday, December 31, 2012

PUNCA

Makan pagi kais 
Makan petang pun berkais
Simpanan makin susut dompet mula menipis
Apa nak dikata, apa nak dikalis
Kalau birokrasi dihadap berlapis-lapis

Untuk hidup ada banyak jalan
Hak atau batil tinggal buat pilihan
Gigih usaha harap moga berjaya
Perlu diingat, harus fahamkan
misi dan visi tak sentiasa menghalalkan  





"ekspresi diri, love evribadi"


Monday, December 17, 2012

makluman lagi~~~

Dimaklumkan bahawa, telah diputuskan bahawa penulisan blog ini akan diteruskan namun dengan cara penulisan dan konsep yang berbeza.

sekian, terima kasih.

Untuk aku, kau, dia, kita, mereka dan semua~~~~


menyusuri denai di pinggir hati
laluannya berbeza bagi setiap insani
ada persimpangan yang yang perlu dilalui
arahnya kabur jalannya berduri
ada yang menyakiti ada yang menangisi
buangkan saja egoismu, ikut saja gerak naluri
jejak yang ditinggalkan tak perlu diingati
cukup sekadar untuk panduan kemudian hari
kata orang tua, ikutkan hati akan mati
biar mati sebagai pejuang jangan hidup jadi bangsat saudara sendiri
betul atau salah, siapa kita dan mereka untuk menghakimi?
hanya Allah yang Maha Mengetahui