Friday, March 1, 2013

Saing dan Saling


Bersaing sesama manusia
Berlumba mengejar kaya
Gaya jadi utama
Sentiasa ikut trend semasa
Tak boleh kurang apa adanya
Bila ada yang lebih darinya
Iri dan dengki mula terasa
Tapi bagiku itu dunia semata

Adakah itu ukurannya?
Adil tidak pada tempatnya
Apa yang kau dan aku ada tak sama
Peluang dan ruang kita berbeza
Harusnya kita teguh bersama
Susah atau senang sama merasa  
Saling membantu sama usaha   
Biar halal jalan dan cara
Redha Illahi amat kudamba



"ekspresi diri, love evribadi"