Assalamualaikum wbt kpd semua...
Untuk entry kali ni aku cuma C&P je la ek daripada apa yg aku dpt ceduk dari posting kwn2 kat FB... Ekceli...... mulanya aku cuma berminat tengok gambar ni je... bile bace wording die.. rase menarik lak... so.. aku copy je la gambo n wording die yg menarik ni skalik yek.. hahaha... layan... no hard feeling~~~~~~
Untuk entry kali ni aku cuma C&P je la ek daripada apa yg aku dpt ceduk dari posting kwn2 kat FB... Ekceli...... mulanya aku cuma berminat tengok gambar ni je... bile bace wording die.. rase menarik lak... so.. aku copy je la gambo n wording die yg menarik ni skalik yek.. hahaha... layan... no hard feeling~~~~~~

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! T_T
haa... mantop kan.. hahaha... bkn tujuan aku copy ni nk menyindir sape2.. cuma utk menyanpaikan & mengingatkan semua termasuklah diri aku sendirik... haha.. utk penutop pon aku nk kopi & tampal kata2 yg hebat daripada seorang yg aku boleh panggil sebagai cikgu, yg juga merupakan seorang yg hebat...
" Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan jasanya, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh sedih dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang berjasa tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah pondok yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”
okes.. stakat ni je la sesi copy n paste aku kali ni ye... bila2 aku rajen, aku karang sendiri la pulak k.. hahaha... okes.. buBBye.. Assalamualaikum wbt~~~~
ekspresi diri..... loves evribadi~~~~~
~deora~

No comments:
Post a Comment