Sunday, November 11, 2012

Pengumuman

Assalamualaikum WBT


Tuan/Puan,


Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Setelah penilaian dilaksanakan oleh penulis blog ini, dimaklumkan bahawa penulisan di blog ini tidak akan diteruskan lagi atas sebab-sebab yang tidak rasional dan boleh dielakkan. Namun begitu, sekiranya terdapat keperluan pada masa akan datang, penulis tidak akan segan silu untuk mengemaskini blog ini.

3.     Sehubungan dengan itu, penulis dengan serendah-rendah diri dan seikhlas hati ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sekiranya terdapat kesilapan kata-kata, gaya penulisan, tatabahasa, etika dan sebagainya sepanjang pelaksanaan blog ini.

4.     Perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


"ekspresi diri, love evribadi"


No comments:

Post a Comment